Pita lindung
Pita lindung

Pita lindung

Pita pelekat kertas (Bahasa Inggeris: Masking tape) juga dikenali sebagai pita lukis, adalah sejenis pita sensitif tekanan yang terbuat dari kertas nipis dan mudah koyak dan pelekat peka tekanan yang mudah dilepaskan.[1] Pelekat ini adalah elemen utama untuk kegunaannya, kerana ia membolehkan pita mudah dikeluarkan tanpa meninggalkan sisa atau merosakkan permukaan yang dilekatkan/ditampal. Pita ini boleh didapati dalam beberapa kekuatan, dinilai pada skala 1–100 berdasarkan kekuatan pelekat. Kebanyakan operasi mengecat memerlukan pita dalam julat 50. Pita pelekat isi rumah diperbuat daripada kertas yang lebih lemah dan pelekat gred rendah. Pita pelekat kertas mempunyai pelbagai warna.[1]